Daisypath Anniversary tickers
 photo cover-shaklee.png

Jul 25, 2013

our first baby :)

Assalammualaikum. Syukran Ya Allah atas rezeki yang kau berikan kepada kami. Syukran Ya Allah atas nikmat semasa mengandung yang kau berikan kepada aku. Syukran Ya Allah di atas segala-galanya. Sebenarnya, kami merancang anak sebenarnya sebab husband still study & pekja pula nak sambung juga sebenarnya. Tetapi perancangan Allah lagi hebat dari perancangan kami. Pekja kahwin 21.04.2012 dan start mengandung bulan 7. Terkejut juga sebab mengandung. So, batalkan hasrat untuk sambung belajar. Yela, takut tak larat pula. Fokus pada baby dalam kandungan je. Ternyata kuasa Allah lagi hebat. Rezeki anak dan amanah Allah yang ingin Allah berikan kepada kami, wajiblah kami menjaga nya dengan sempurna. Husband sahaja yang sambung belajar dan pekja duduk rumah. Nak cerita tentang mengandung, pekja dah buat entry nya. Nanti baca ye.Alhamdulillah pregnant . klik sini ok ;)

Moment nak bersalin
Kita cerita secara ringkas ye. Due date 17.02.2012 tapi dah terlajak ke 24.02.2012. Jauh tak lajak tu ? Jauh ok . Nak2 ke due tu, pekja tak rasa sakit apa pon. tak de contraction, tak de tumpah darah, tak da keluar darah + lendir, tak de sakit2 pinggang, tak de pecah air ketuban. Biasa saje. Doc bagi seminggu, kalau tak de tanda2 bersalin, 23.02.2012 terus admit hos melaka. 24.02.2012  pekja dan husband kena sign aggrement kalau2 tak boleh bersalin normal, kena c-zer so kena sign aggrement dulu. Pekja berdoa sangat jangan lah c-zer. Pekja nak bersalin normal. Nak rasa pengalaman bersalin. Pukul 12 t/hari, pekja kena masukkan tiub dekat faraj untuk paksa bersalin sebab dah lebih seminggu dari due. Nak tau kita dah boleh bersalin bila tiub tu jatuh sekali dengan air ketuban. Agak lama nak menunggu tiub tu jatuh. Pekja dah mula rasa sakit sikit contraction tu. Baru tau sakit dia macam mana. Mula2 sakit macam senggugut, bila dah lama dah sakit lain macam yang teramat sakit. Pukul 6 petang, tiub tak turun2 juga. Kesian husband, mak dan adik2 tunggu dekat luar labour room. Pekja suruh mak balik sebab mak tunggu dah lam. Husband yang sabar menunggu. Keluar masuk2 labour room. Sampai kena tegur dengan nurse. 
Pukul 9 malam, husband masuk lagi nak bagi charger phone. Tengah borak2 tetiba ada cecair panas keluar dari mrs.v then husband panggil nurse. Doc datang dan check dah 4 cm. So, terus tolak ke bilik bersalin. Ya Allah tah tahan sakit nya. Doc tanya nak amik pil tahan sakit tak. Pekja cakap tak nak. Doc cakap kalau tak tahan sakit sedut gas ni. Sedut2 lalok pulak. Aiseh ! Macam mana nak teran kan. Tengah2 sakit pekja siap cakap 'doc, saya tak tahan nak berak lah' doc cakap '.eyh nanti kejap doc check dulu. Amik kau dah 9cm . Tak sampai berapa minit dah 9 cm. Doc pon terkejut. Husband dekat sebelah bagi semangat yang bersemangat lah. haha ! Pekja dah lalok sampai tak da daya nak teran. Doc cakap 'teran lagi, kepala dah nampak. Doc siap tunjuk rambut baby dah nampak dekat husband. Apa lagi teran lah. Nasib baik nafas panjang. Doc cakap kalau tak teran, baby akan lemas. Dengar doc cakap macam tu tarik nafas lagi sekali terus teran lama2. Alhamdulillah nafas panjang. Doc siap puji , hah pandai,macam tu lah. teran lagi. kepala dah nampak. teran lagi, keluarkan badan dia pulak . 1,2,3 teran ! punya kuat doc bagi semangat tau. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, baby selamat di lahirkan. Doc siap tunjuk suruh tengok gender apa. Pekja cakap 'girl' . Terima kasih dekat husband sebab sanggup teman tunggu dalam labour room sekali. Walaupun tak pergi kursus peneman tetapi rezeki husband dapat masuk. Baby lahir pukul 11.25 malam, berat 3.40kg. 
Nurse lap2 baby , then terus bagi pekja . Dapat pegang kejap je. Nurse amik balik sebab nak keas kan baby dan  husband azan dan iqamat kan baby then terus bagi dekat pekja lagi sekali. Pertama kali pekja menyusukan baby. Baby terus nak . Alhamdulillah air susu pon ada.
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini ;) 

beberapa minit selepas di lahirkan ;)
masih fresh ;')
pukul 6 am
betul2 tengah azan subuh, baby bangun. 
azan memang sangat kuat dan jelas dengar dari hosp melaka

alhamdulillah 
sebulan sudah ;)
2 bulan ;)
3 bulan ;)
4 bulan . 
dah botak
24.07.2013
5 bulan
Semoga menjadi muslimah yang solehah syg ;)



No comments:

Post a Comment