Jul 24, 2013

Alhamdulillah Pregnant ;)

Assalammualaikum. Entry pregnant ni kalau nak cerita memang panjang. Macam buat karangan pon ada. So, kita pendekkan je cerita nya ye. Cerita simptom2 pregnant dulu ok . Boleh tak ? boleh laye.
ok! first simptom pregnant ni , pekja sakit peru sangat. mula2 ingatkan gastrik sebab sakit pon macam gastrik. Pekja tak ingat pon yang pekja tak perioud bulan 5 tu. Pekja buat endah tak endah lah. tup tup start bulan 7 dah sakit peru yang teramat. Pergi klinik doc cakap hanya gastrik. Then makan ubat tapi tak baik2. Tanya mak, mak cakap pergi klinik balik tanya apa masalahnya. Doc bagi ubat gastrik lagi. Tapi tak ok juga. Risau lah sebab dah lama sakit peru kan. Tak puas hati punya pasal, tak salah lah 10.7.2012, pekja pergi sendiri klinik kesihatan masjid tanah untuk dapatkan kepastian sakit apa yang pekja hadapi ni. ceh!
Sebelum tu, malam tu dah bagitahu husband nak pergi klinik kesihatan esok, then husband cakap "ada baby kot dalam ni' bukan main confident je laki 'aku' ni.
Esok tu pergi klinik kesihatan , doc tanya itu ini2, then dia taya dah kahwin ? Pekja pon jawab lah dah. Kenapa? Doc tanya bulan berapa last period lah? macam,2 lah. Then, doc suruh pergi urine pregnancy test. Dengan muka selamba je pergi jela. Tunggu punya tunggu dah dapat result. Bagi dekat doc tu balik. Doc tu cakap 'eh ni bukan urine pregnancy test' Doc tu suruh buat balik. Tunggu lagi. Dah dapat result. Pekja tengok positive. Tapi tak nak yakin sangat. Doc tu tengok then doc cakap 'awak mengandung,awak tahu tak?' pekja cakap 'tak tahu. Dalam hati cakap confirm la aku tak tau sebab aku tak pernah mengandung. Lepas dengar doc cakap macam terus,gembira la apalagi walaupun macam tak percaya dalam perut ni ada seorang amanah Allah.
Reaction husband:
Balik je terus pergi kolej sebab nak ambil jubah konvo & jumpa husband. Ajak husband duduk,tengah2 husband isi form konvo,husband tanya mcm mana pergi klinik tadi? Pekja jawab la 'cuba teka?' dengan buat muka. Then husband cakap'cakap la,mengandung ye? Pekja senyum & cakap 'aah' hehe. Terus husband letak pen & tanya betul ke? & mcm2 husband soal. Expresi muka husband memang terkejut & excited. Terima Kasih Ya Allah. 

No comments:

Post a Comment