Daisypath Anniversary tickers
 photo cover-shaklee.png

Jul 30, 2013

Minyak Anugerah For Baby ;)

Assalammualaikum. Hari ni dah masuk 23 Ramadan . Alhamdulillah. Ok. Hari ni pekja nak review sikit about Minyak Anugerah nie. Sebelum ada baby tak tau pon kegunaan dan kebaikan minyak ni. Act, minyak ni untuk semua lapisan umur dan masyarakat. hehe. Tapi, pekja hanya guna minyak ni untuk si baby Humaira' nie waktu pantang. Sekarang pon guna juga tapi kadang2 sebab nak kehabisan dah. haha ! Minyak ni sangat berguna untuk baby, kanak2, orang dewasa pon boleh. Minyak Anugerah Menghindari amalan sihir. Minyak ni harga nya RM 49.90. Botol minyak ni cinonet je. hehe. Minyak ni boleh beli dekat mana2 farmasi atau kedai ubat. Mesti ada punya. Sebelum guna, ada cara pemakaian nya. Cara pemakaian nya terdapat di dalam kotak minyak tersebut. InsyaALLAH, kepada para2 mommies kalau nak keluar boleh lah letak sedikit minyak anugerah dekat baby ye.InsyaAllah baby akan di hindari oleh gangguan2 yang tak elok.

Minyak ini khas untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga dari menjadi mangsa amalan ilmu sihir. Setiap manusia sentiasa terdedah menjadi mangsa amalan ilmu sihir yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling kita hanya diketahui Allah. Sifat marah, dengki dan iri hati sering mendorong manusia untuk memusnahkan hidup seseorang melalui pelbagai cara walaupun secara halus. Oleh itu haruslah kita sentiasa meminta perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura diri supaya ianya menjadi penghalang kepada ilmu sihir.



Tertib Penggunaan Minyak Anugerah
Tertib Penggunaan Minyak Anugerah :-
►   Berdiri menghadap kiblat
►   Bacakan Al-Fatihah
►   Sapukan sedikit Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
►   Disapukan naik dari hujung kaki ke hujung kepala sambil membaca selawat
►   Ulangi titisan minyak di telapak tangan, digosok kedua-dua tapak tangan dan diusap muka dengan arah menaik sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
 
Mandian Seri Minyak Anugerah :-
►   Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi
►   Pusing air mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi


Cara penggunaan minyak tersebut ;)
Ini minyak nya ;)

No comments:

Post a Comment