Daisypath Anniversary tickers
 photo cover-shaklee.png

Oct 2, 2011

love seorang LELAKI

1. Saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari kami tidak boleh saling membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Esa.


2. Saya suka tengok rambutnya, cantik betul. So, saya belikanlah die tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan !!! Yelah, aurat kan salah satu perjuangan utama yang diperjuangkan syaitan. Jadi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup. Takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta.

3. Saya selalu gak tengok body teman wanita saya..solid betul! Jadi saya belikanlah dia telekung supaya masa bertemu dengan kekasih dia yang utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.ALHAMDULILLAH…

4. Saya sedih sangat bila tengok dia tak tidur, tidak makan sebab rindukan saya..Saya pun macam tu juga. Dia pun Tanya “Apa ubatnya?” Sya pun bagi dia al-Quran sebagai menenangkan hati dan melapangkan jiwa si dia. Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

6. Saya sedih sangat bila tengok dia selalu pesan macam-macam, “Makan, minum, jaga diri, naik motor elok-elok…Nanti awak sakit saya juga yang susah!!!” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Zohor dan Asar, dia tak kata satu apa pun. Terpaksalah saya yang ajak. Aduh, sedihnya saya!

7. Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, dan cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya…

No comments:

Post a Comment