Daisypath Anniversary tickers
 photo cover-shaklee.png

Aug 19, 2013

HIJAB for HER ;)

Assalammualaikum semua ;) Sementara Humaira' tidur nyenyak nie, kita ada lah masa sikit nak cerita2 ni. Tapi petang2 nie, otak ni loading pulak nak menyusun ayat. Aigoooo. Mukaddimah pown tak tahu nak cakap pasal apa kan. Tak pe lah, kita pergi ke tujuan utama ye. Title HIJAB for HER ni official hijab untuk Humaira'. Siapa lagi kan anak kita yang sorang nie. 

Melatih Anak Kecil Bertudung | Melatih anak kecil bertudung bukanlah suatu perkara yang mudah. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Memang ternyata betul ayat ni. Melatih anak kecil bertudung bukanlah suatu perkara yang mudah.  Yela, anak2 mesti akan terasa rimas apabila memakai tudung .  Jadi, kita mula asuh anak memakai tudung dari sekarang. Bila kita mula mengasuh anak dari sekarang, InsyaAllah anak akan merasa selesa kelak hari. Kita mula mengasuh Humaira' memakai tudung waktu Humaira' berumur 5 bulan. Awal kan ? Time tu Humaira' belum pandai rimas lagi. Kita mula pakaikan Humaira' tudung first raya. Humaira' tak buka tudung sepanjang hari beraya tu. Humaira' tak merengek, tak rimas, tak tarik tudung. Mungkin sebab baru 5 bulan, tak pandai apa2 lagi kan. Ramai tanya, anak ko tak rimas ke ? macam2 persoalan. Tapi jawapan kita, alhamdulillah setakat ni belum lagi. Kita ingin mngajar anak benda2 yang baik & bermanfaat untuk diri nya kelak, mulalah dari sekarang. Mula dari bawah, kerana permulaan sesuatu dari kecil, kanak-kanak akan cepat memahami apa yang kita lakukan kepada mereka. Kita mengajar Humaira' bermula memakai tudung supaya kelak hari nanti, Humaira' akan terus selesa memakai tudung. Kita mula mengasuh Humaira' pakai tudung ketika berusia 5 bulan. Bila Humaira' dah besar sikit, mungkin Humaira' akan mula menarik2 tudung. Itu perkara biasa untuk baby dalam proses tumbesaran. Semua benda nak di tarik. Tudung ummi dia ni pon nak di tarik. Kadang2 rambut orang lain pon nak ditarik. Haaaaiiisssh . hehe ;) 
Apabila berlaku hal sebegini, jangan terus stop pemakaian tudung ye. Bak kata kawan kita Aisya, dalam rumah dia pon dia pakaikan anak dia tudung. Anak nya dah umur setahun lebih. Dah pandai menarik2 tudung, jadi ingin melatih anak supaya pakai tudung bila keluar, dia latih anak dia pakai tudung dalam rumah supaya anak dia selesa. Dan lagi satu, bagi lah ganjaran sikit bila anak ikut apa yang kita minta.
InsyaALLAH. Ilmu & Pengajaran ntuk kita juga. Doakan kami. Amin
*jika ada sesiapa yang ingin menempah tudung, jubah / peplum anak boleh lah ke page fb kawan kita
kalau tidak keberatan, like lah page nya ok. Terima Kasih ;)







No comments:

Post a Comment