Sep 8, 2011

Akad Nikah dalam erti yang sebenar

Masih lagi ada sangkut paut dengan bab kahwin tapi kali ni ceritanya pasal akad nikah. Rasanya ramai yang tahu macam mana Lafaz akad nikah yang kita selalu dengar

LAFAZ AKAD NIKAH

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM"

Bunyi macam senang? tapi kita tau tak erti sebenar atau erti tersirat disebalik lafaz akad nikah tu.

ERTI TERSIRAT

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”


No comments:

Post a Comment